Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Timbang tara Sulu terhadap Malaysia: 7 Julai akan jadi penentuan – Azalina – Air Times News Network
Home Semasa Timbang tara Sulu terhadap Malaysia: 7 Julai akan jadi penentuan – Azalina

Timbang tara Sulu terhadap Malaysia: 7 Julai akan jadi penentuan – Azalina

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 20 MAC – Mahkamah Rayuan Perancis menetapkan 7 Julai depan sebagai tarikh prosiding untuk pembatalan sepenuhnya timbang tara “Final Award” yang berpihak kepada waris Kesultanan Sulu pada 2022.

Sebelum ini, keputusan timbang tara mengarahkan Malaysia membayar kira-kira RM62.59 bilion (USD 14.92 bilion) kepada kumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Walau bagaimanapun, Malaysia kemudiannya mencabar keputusan tersebut dan berjaya membatalkan perintah pelaksanaan berkenaan pada Jun 2023.

Mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Sri Azalina Othman Said berkata, kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan keputusan ini dibatalkan sepenuhnya serta menghalang sebarang cubaan untuk menguatkuasakan tuntutan tidak berasas ini di peringkat antarabangsa.

“Sebagai usaha berterusan Kerajaan Malaysia, pelbagai strategi telah dirancang untuk menangani tuntutan warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Kerajaan Malaysia.

“Dalam hal berkaitan perundangan di Perancis, Mahkamah Rayuan Perancis telah menetapkan prosiding untuk pembatalan Final Award yang dijadualkan berlangsung pada 7 Julai 2025,” katanya di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Bobbey Suan Dewan Negara yang meminta Kerajaan menyatakan usaha bagi mengelakkan dan menamatkan keberulangan dalam isu tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap kedaulatan Wilayah Sabah.

Dalam pada itu, Azalina menegaskan, pelbagai strategi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan membendung isu ini daripada berulang telah dilaksanakan.

“Bagi tahun 2025, beberapa pelan perancangan strategik telah disusun untuk meneruskan usaha menangani tuntutan ini. Satu daripada pelan tersebut adalah memperkukuhkan strategi perundangan dan bukan perundangan,

“Tindakan proaktif ini bertujuan untuk memastikan Kerajaan Malaysia dapat menyebarkan naratif yang sebenar di persada antarabangsa serta menyangkal naratif palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab” tambahnya.

Antara lain pelan pelaksanaan termasuklah, penganjuran sesi kolokium timbang tara antarabangsa 2023 di Malaysia dan London, yang bertujuan memperkukuh kefahaman tentang kedaulatan serta kekebalan negara dalam timbang tara komersial.

Selain itu, penggubalan Akta Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2024 turut dibuat bagi menjamin Malaysia mendapat layanan salingan (reciprocal treatment) daripada negara lain dalam kes-kes yang membabitkan kedaulatan negara.

Manakala, Pindaan Rang Undang-Undang Timbang Tara 2024 telah diluluskan Parlimen Malaysia pada 16 Julai lalu yang memperkenalkan mekanisme perundangan bagi tujuan mengawal selia pembiayaan pihak ketiga (Third Party Litigation Funding, TPLF).

Untuk rekod, tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia bermula apabila sekumpulan individu mendakwa sebagai pewaris Sultan Jamalul Kiram II menuntut pampasan berdasarkan perjanjian pajakan yang ditandatangani pada tahun 1878 antara Sultan Sulu dan Syarikat Borneo Utara British.

Malah, sejak 1963, Malaysia telah membayar wang ‘saguhati’ sebanyak RM5,300 setahun kepada waris Kesultanan Sulu.

Namun, bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu oleh kumpulan yang dikaitkan dengan Kesultanan Sulu, yang menyebabkan beberapa anggota pasukan keselamatan Malaysia terkorban.

Selanjutnya, pada 28 Februari 2022, seorang penimbang tara dari Sepanyol, Dr. Gonzalo Stampa telah mengeluarkan keputusan “Final Award” yang berpihak kepada waris Kesultanan Sulu dan mengarahkan Malaysia membayar pampasan sebanyak USD 14.92 bilion .

Keputusan ini dibuat secara sebelah pihak (ex parte) tanpa kehadiran Malaysia.

Kerajaan Malaysia kemudiannya mencabar keputusan ini dan berjaya membatalkan pelantikan Dr. Stampa sebagai penimbang tara di Mahkamah Sepanyol.

Susulan itu, pada Jun 2023, Mahkamah Perancis membatalkan perintah pelaksanaan keputusan tersebut dan mengisytiharkan keputusan timbang tara oleh Stampa adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan pada Disember 2023.

Bagaimanapun, prosiding di Mahkamah Rayuan Perancis masih perlu dijalankan bagi memastikan pembatalan sepenuhnya keputusan “Final Award”.

Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan Perancis menetapkan 7 Julai 2025 sebagai tarikh prosiding untuk pembatalan sepenuhnya ‘Final Award’. -airtimes.my

#Sabah #malaysia #Airtimes #Azalina #warissulu #Mahkamahrayuan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?