Home Semasa Buang kalimah suci pada logo jika gagal pertahan Islam – Cikgu Izzat Johari

Buang kalimah suci pada logo jika gagal pertahan Islam – Cikgu Izzat Johari

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 6 MAC – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lebih tegas dalam mempertahankan Islam, terutama apabila agama itu dihina dan ditindas. 

Beliau menegaskan, sekiranya PDRM gagal bertindak sewajarnya, maka penggunaan kalimah Allah dan Muhammad pada logo rasmi mereka perlu ditanggalkan.

“Jika PDRM sendiri tidak mampu mempertahankan Islam apabila ia dihina dan ditindas, maka tidak wajar mereka terus menggunakan kalimah suci ini pada logo mereka,

“Tolong buang nama Allah dan Muhammad di lencana PDRM sebab sampai sekarang PDRM tidak boleh membela agama Islam apabila ditindas,” katanya kepada AirTimes.

Kenyataan ini dibuat susulan insiden tular yang melibatkan seorang individu bukan Islam yang mempersendakan ibadah solat umat Islam dengan kata-kata kesat dan lucah. 

Video berdurasi hampir 4 minit yang di muat naik menerusi akuan media sosial itu, memperlihatkan individu terbabit menghina cara solat dengan menyamakannya dengan perbuatan tidak bermoral.

“Sebelum ini ada individu bukan Islam yang mendakwa orang Islam yang solat berada dalam kedudukan melakukan hubungan seks. Saya kecewa dengan PDRM kerana macam kena ketuk dengan pahat, perlu tunggu orang ramai desak baru tindakan diambil,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang dikenali sebagai Cikgu Izzat Johari (CIJ) berkata, insiden penghinaan terhadap Islam ini seharusnya menjadi ‘wake up call’ kepada umat Islam agar lebih peka dan tidak lagi berdiam diri apabila agama mereka diperlekehkan.

“Kita tak boleh terus bersikap pemaaf dan melupakan setiap kali Islam dihina. Kalau kita sendiri tidak bersuara, siapa lagi yang akan membela agama kita. PDRM, pihak berkuasa dan semua umat Islam perlu bangkit dan pastikan penghinaan seperti ini tidak berulang lagi,” katanya.

Raja-Raja Melayu perlu campur tangan

Dalam pada itu, CIJ turut menyeru Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negara ini agar bersuara dan campur tangan dalam menangani isu penghinaan terhadap Islam yang semakin membimbangkan.

“Kita ada Raja-Raja Melayu. Ini bukan isu kecil. Saya kira Raja-Raja Melayu perlu segera bersidang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan isu tentang agama Islam,

“Patut ada arahan jelas daripada Majlis Raja-Raja supaya pihak berkuasa lebih tegas dalam isu penghinaan agama. Kalau tidak, saya jangka keadaan akan jadi sangat-sangat kritikal pada masa akan datang,” luahnya kesal.

Justeru, Izzat yang juga aktivist menggesa tindakan lebih tegas daripada PDRM ke atas mana-mana pihak yang menghina Islam, termasuk hukuman berat yang boleh memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat umum. -airtimes.my

#AgamaIslam #penghinaan #PDRM #IzzatJohari #Malaysia #Airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?