Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Army 4nextG: Pelaksanaan jauh ketinggalan dari pelan asal MINDEF – Air Times News Network
Home Semasa Army 4nextG: Pelaksanaan jauh ketinggalan dari pelan asal MINDEF

Army 4nextG: Pelaksanaan jauh ketinggalan dari pelan asal MINDEF

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 19 FEB – Pelaksanaan Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Tentera Darat 2021-2050 (Army4nextG) hanya mencapai 44 peratus daripada sasaran 60 peratus yang ditetapkan dalam tahun keempat pelaksanaannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, kekangan peruntukan kewangan dan sumber perjawatan menjadi faktor utama yang menghalang pencapaian penuh pelan berkenaan.

“Secara purata, pihak Tentera Darat (TD) hanya menerima peruntukan kewangan sebanyak RM 7.4 bilion setahun merangkumi perbelanjaan pembangunan (DE) dan perbelanjaan operasi (OE) berbanding keperluan kewangan yang disasarkan dalam pelan strategik Army 4nextG iaitu sebanyak RM10.7 bilion setahun,

“Selain itu, kekurangan sumber perjawatan menyukarkan pewujudan organisasi baharu yang diperlukan bagi mengimbangi keupayaan pertahanan negara,” katanya pada Selasa.

Tegasnya, keadaan ini memberi kesan kepada pembangunan keseluruhan TD, termasuk keupayaan untuk beroperasi di kedua-dua wilayah secara serentak seperti yang dirancang dalam pelan strategik tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor yang bertanya status terkini pelaksanaan Army4nextG 2021 – 2050 sebagai pelan strategik jangka masa panjang ke arah mengukuhkan keupayaan Tentera Darat Malaysia.

Mengulas lanjut, setakat ini, semakan semula pelan strategik melalui inisiatif Way Forward TD telah dilaksanakan bagi menyelaraskan pembangunan berdasarkan peruntukan kewangan dan sumber tenaga manusia sedia ada.

“Inisiatif Way Forward TD ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang keupayaan bagi menyelaraskan pembangunan TD berdasarkan peruntukan kewangan yang diperolehi serta perjawatan sedia ada,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Khaled menegaskan, peruntukan kewangan dan perjawatan yang mencukupi tetap diperlukan bagi memastikan pelan pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Langkah ini, katanya, adalah penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan aset pertahanan dan memastikan TD mampu menghadapi sebarang ancaman keselamatan, baik pada masa kini mahupun pada masa akan datang. -airtimes.my

#TenteraDarat #MINDEF #KhaledNordin #Malaysia #AirTimes #Army4nextG #Kertasputihpertahanan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?