Home SemasaGlobal TLDM sertai latihan ketenteraan Komodo di Indonesia

TLDM sertai latihan ketenteraan Komodo di Indonesia

by Aqilah Azman

BALI, 17 FEB – Tentera Laut Indonesia (TNI AL) secara rasmi mengadakan Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo 2025 (MNEK 2025) di Denpasar, Bali dengan penyertaan 38 negara, termasuk Malaysia.

Latihan edisi kelima yang berlangsung dari 15 hingga 22 Februari, dirasmikan oleh Panglima TNI AL, Laksamana Dr Muhammad Ali, di Pelabuhan Tanjung Benoa itu, memfokuskan bantuan kemanusiaan dan operasi bantuan bencana.

“Sebanyak 38 negara mengambil bahagian dengan 19 kapal perang asing, tujuh helikopter dan tiga pesawat peronda maritim terlibat,” katanya kepada pemberita pada majlis.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan TNI AL turut mengerahkan 19 kapal tentera laut bagi menjalani latihan bersama, perbincangan serta usaha bantuan bencana secara kolaboratif di seluruh dunia.

“Ia membawa tema ‘Perkongsian Maritim untuk Keamanan dan Kestabilan’ dengan penekanan kepada operasi bukan peperangan, termasuk tindak balas bencana dan kerjasama keselamatan maritim,” nyatanya.

Sehubungan itu, latihan tersebut turut merangkumi program memfokuskan komuniti seperti, Program Tindakan Sivik Kejuruteraan yang menyaksikan pembinaan kemudahan awam di Kampung Antiga Kelod, Daerah Karangasem.

Program itu juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pemeriksaan am, rawatan pergigian, pendermaan darah, khatam beramai-ramai serta pembedahan kecil di atas kapal KRI Dr Wahidin Sudiro Husodo-991, yang akan berlabuh pada hari ini di Pelabuhan Tanah Ampo.

Lanjutan, Simposium Keselamatan Maritim Antarabangsa ke-6, yang dijadualkan pada hari ini, turut menghimpunkan delegasi dari negara peserta bagi membincangkan isu keselamatan maritim serantau dan global. – lapor dari BERNAMA

#BERNAMA #TNIAL #KOMODO #Indonesia #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?