Home SemasaGlobal China tekankan penyelesaian keamanan Palestin-Israel

China tekankan penyelesaian keamanan Palestin-Israel

by Aqilah Azman

ISTANBUL, 17 FEB – Menteri Luar Negeri China, Wang Yi menjelaskan isu Palestin adalah “teras isu Timur Tengah” dan menyatakan bahawa penyelesaian kepada isu tersebut terletak pada pelaksanaan penyelesaian dua negara.

Wang berkata penyelesaian dua negara mampu menyelesaikan “isu Timur Tengah”, yang membolehkan Palestin dan Israel hidup bersama secara aman selain memupuk ‘pertukaran mesra’ antara Arab dan Yahudi.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan Beijing berkomitmen menegakkan keadilan dan berperanan ‘konstruktif’ dalam mencari penyelesaian komprehensif yang berkekalan untuk isu Palestin.

“Bencana kemanusiaan di Gaza mesti dihentikan secepat mungkin,” kata Wang kepada rakan sejawatnya dari Israel, yang melihat hubungannya dengan Israel dari perspektif jangka panjang dan bersedia untuk bekerjasama bagi memajukan perkongsian komprehensif inovatif antara China – Israel.

Wang membuat kenyataan ini ketika sesi pertemuannya dengan Menteri Luar Negeri Israel, Gideon Sa’ar, di sidang sidang Majlis Keselamatan Munich di Jerman pada Sabtu, menurut kenyataan dari Kementerian Luar Negeri di Beijing.

Sejak 19 Januari, perjanjian gencatan senjata telah berkuat kuasa, menghentikan perang genosid Israel yang telah membunuh lebih daripada 48,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan meninggalkan kawasan itu dalam keadaan musnah teruk.

Susulan, mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, pada November lalu.

Israel turut berhadapan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa akibat peperangan di kawasan tersebut. airtimes.my

#Airtimes #Palestine #Gaza #China #Israel

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?