Home Semasa Latihan PLKN lebih berfokus, berbeza dengan Askar Wataniah

Latihan PLKN lebih berfokus, berbeza dengan Askar Wataniah

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 8 FEB – Elemen ikhtiar hidup untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah berbeza dengan Askar Wataniah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Ketua Pengarah (latihan), Brigadier Jeneral Zainudin Bahari berkata, komponen ini dibangunkan secara khusus untuk keperluan program PLKN.

“Untuk latihan PLKN ini, yang kita berikan adalah latihan asas saja iaitu pengenalan kepada ikhtiar hidup bagi mereka mendapatkan pengalaman dan boleh digunakan di luar juga. Bukan seperti mana yang diajar kepada angkatan tetap,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, meskipun tidak setegas latihan ketenteraan sepenuhnya, program ini tetap menampilkan modul yang padat dan mencabar.

“Kalau nak kata kurang lasak itu tidak juga. Aktiviti yang disusun memang padat dan bersesuaian dengan objektif yang ditetapkan. Tetapi dia memang berlainan daripada Askar Wataniah,

“Mereka perlu juga ada ditahap yang tertentu. Fizikal dan mental mereka juga perlu kuat untuk melaksanakan latihan. Tapi Alhamdulillah, setakat hari ke-28 ni, mereka dapat mengikuti latihan dengan baik dan sempurna, ” katanya kepada AirTimes.

Timbalan Ketua Pengarah (latihan), Brigadier Jeneral Zainudin Bahari (Foto: Zulhaizi)

Mengulas lanjut, Zainudin menjelaskan, program PLKN 3.0 ini masih dalam fasa pertama pelaksanaan, dan sebarang penambahbaikan akan dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima.

“Kita masih lagi dalam proses untuk melihat pelaksanaan ini. Maknanya, modul yang kita tetapkan ini masih tertakluk kepada perubahan penambahbaikan. Kalau perlu untuk penambahbaikan, memang kita bersedia untuk membuat penambahan ataupun penambahbaikan. Kalau tidak, kita akan kekalkan seperti mana modul ni ada,” tambahnya lagi.

Beliau berkata, pihak pelaksana akan menilai keberkesanan setiap komponen sebelum memutuskan sebarang perubahan untuk siri latihan seterusnya. -airtimes.my

#PLKN #AskarWataniah #ATM #Airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?