MUAR, 8 FEB – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan faedah Ganjaran Hilang Upaya veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada seramai tujuh veteran ATM, hari ini.
“Faedah GHU ini adalah satu bentuk manfaat kepada semua anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa tugas aktif (Wounded in Action) yang diberi secara sekali gus (one off),” jelasnya.
Berikutan, seramai 1,825 veteran ATM jumlah hilang upaya di seluruh Malaysia, termasuk mengalami kecederaan semasa melaksanakan tugas aktif.
Susulan, daripada jumlah tersebut seramai 292 orang telah mengalami kecederaan semasa operasi dan latihan berisiko tinggi.
Menurut kenyataan, penyerahan faedah GHU selepas penambahbaikan telah mula dilaksanakan sejak awal Januari 2025 dan seramai 50 orang telah menerima GHU.
Justeru, penambahbaikan faedah tersebut telah disemak secara sepenuhnya dengan memberi kenaikan yang signifikan.
Sementelahan, ia mula berkuatkuasa Januari 2025 seiring pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
” Pengukuhan dan pemerkasaan aspek kesejahteraan veteren sentiasa diperluas dan diperkemas agar kebajikan veteran ATM sentiasa terpelihara sebagaimana yang telah digariskan di dalam Perutusan Tahun Baharu 2025,” ujarnya dalam Fokus Keempat: Memperkukuhkan Ekosistem Kesejahteraan.
Seramai 2,020 veteran ATM di mana 916 daripadanya veteran ATM berpencen, 733 veteran ATM yang tidak berpencen, dan 371 lagi penerima pencen terbitan.
Dalam masa yang sama, Khaled turut menyampaikan bungkusan Kotak Cakna kepada seramai sembilan veteran ATM, yang diantaranya mengalami masalah pendengaran, masalah pertuturan, kemalangan dalam perkhidmatan, menjaga anak Orang Kurang Upaya (OKU), uzur, mengalami sakit jantung dan Veteran Kurang Upaya (VKU). -airtimes.my
#AirTimes #ATM #Pertahanan #GHU #Malaysia