Home Semasa Agong berangkat jalani rawatan di luar negara

Agong berangkat jalani rawatan di luar negara

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 7 FEB – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan perubatan.

Dalam kenyataan Istana Negara yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, perkara ini telah dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

“Perkara ini juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan. Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, pihak Istana Negara tidak memperincikan tempoh keberangkatan atau butiran lanjut mengenai rawatan yang akan dijalani oleh Seri Paduka Baginda.

Mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda ialah putera-putera baginda, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, yang juga Panglima Johor, serta YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. -airtimes.my

#Agong #Rawatan #IstanaNegara #AirTimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?