Home Pertahanan dan Keselamatan Konflik di Congo: Pasukan pengaman Malaysia selamat, keadaan terkawal

Konflik di Congo: Pasukan pengaman Malaysia selamat, keadaan terkawal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Pasukan pengaman Malaysia yang berkhidmat di bawah Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (MONUSCO) berada dalam keadaan selamat.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) memaklumkan, pihaknya akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan anggota Malaysia di negara itu.

Menurut MK AB, seramai 8 orang , termasuk pegawai dan anggota yang berkhidmat sebagai Pegawai Staf Tentera (PST) serta Pegawai Pemerhati Tentera (PPT) yang bertugas di MONUSCO.

“Mereke ditempatkan di FHQ MONUSCO, Lava Site di Goma, serta di Team Site (TS) KTJ,

“Kesemua PST dan PPT Malaysia berada dalam keadaan selamat dan sihat, dengan situasi keseluruhan yang terkawal,” jelas MK AB dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, pemberontak M23 telah menguasai sepenuhnya Bandar Goma, termasuk Lapangan Terbang Goma yang menempatkan Force HQ (FHQ) MONUSCO, mencetuskan ancaman kepada

keselamatan pasukan pengaman PBB dan protes ganas di Kinshasa.

Konflik di timur DRC berpunca daripada eksploitasi sumber mineral, ketegangan etnik, kelemahan kerajaan, dan campur tangan pihak luar.

M23 mendakwa perjuangan mereka berasaskan kepentingan politik dan keselamatan etnik Tutsi, dengan penglibatan Rwanda menambah ketegangan.

Sejak 2 Februari 25, keadaan sedikit tenang, dan M23 mengisytiharkan genjatan senjata secara unilateral pada 4 Februari 25 atas faktor kemanusiaan.

“PBB dan masyarakat antarabangsa perlu menilai semula strategi terhadap MONUSCO serta

meningkatkan usaha diplomasi bagi mencapai penyelesaian yang berkekalan,” jelas MK AB lagi.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #Congo #Malaysia #misipengaman

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?