Home SemasaGlobal Israel arah tentera, benarkan rakyat Palestin keluar ‘secara sukarela’

Israel arah tentera, benarkan rakyat Palestin keluar ‘secara sukarela’

by Aqilah Azman

GAZA, 7 FEB – Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz hari ini, memaklumkan sudah mengarahkan tenteranya untuk merangka pelan membenarkan rakyat Palestin meninggalkan Gaza.

“Saya telah mengarahkan IDF (tentera) untuk menyediakan pelan yang membolehkan pemergian sukarela bagi penduduk Gaza,” kata Israel Katz dalam satu kenyataan.

Susulan itu, beliau memberitahu tentera untuk membuat persiapan, membolehkan mana-mana penduduk Gaza ingin meninggalkan kawasan terbabit dan pergi ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka.

Beliau berkata lagi, pelan tersebut merangkumi pilihan keluar melalui jalan darat, serta pengaturan khas melalui laut dan udara.

Justeru, pelan itu bagi membantu penduduk Gaza untuk berintegrasi dengan baik di negara-negara tuan rumah, serta memudahkan kemajuan program pemulihan Gaza yang tidak bersenjata dan bebas ancaman.

Pada masa sama, Katz menyambut baik ‘pelan berani’ Trump, yang membolehkan sebahagian besar penduduk Gaza berpindah ke pelbagai tempat di seluruh dunia.

Kenyataan ini dikeluarkan setelah Presiden Amerika Syariakt (AS), Donald Trump, mengemukakan cadangan untuk menguasai Jalur Gaza, yang menimbulkan kritikan daripada pemimpin dunia, dan pentadbirannya berusaha untuk meredakan kontroversi tersebut. -airtimes.my

#AirTimes #Gaza #Palestin #IDF #Israel

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?