ANKARA, 6 JAN – Sebanyak $7.2 bilion, mencatatkan jumlah eksport yang telah direkodkan oleh Industri Pertahanan dan aeroangkasa Turkiye bagi tahun 2024.
Menurut Ketua Sekretariat Industri Pertahanan Turkiye, pencapaian penting itu melonjak kepada 29 peratus berbanding daripada tahun sebelumnya.
Haluk Gorgun menerusi platform X, mengumumkan capaian sebanyak $6.5 bilion bersamaan sebanyak 11 peratus itu melepasi sasaran eksport pertahanan pada tahun itu.
“Terima kasih kepada aktiviti dan hubungan kerjasama antarabangsa kami, syarikat kami telah dapat mengeksport bukan ke rantau tertentu tetapi ke hampir seluruh dunia, ” kata Gorgun dalam menyerlahkan keteguhan prestasi antarabangsa industri, pada Jumaat lalu.
Berikutan, teknologi termaju dan perkongsian strategik antara pendorong kepada pertumbuhan yang mengagumkan, di samping mencerminkan permintaan global bagi produk pertahanan dan aeroangkasa.
Dalam pada itu, Gorgun turut menekankan komitmen sektor terhadap inovasi dan jangkauan global dengan berazam membuka ufuk baharu, memecahkan rekod, dan membawa kuasa teknologi Turkiye ke masa hadapan yang diterajui oleh produk industri pertahanan dan teknologi termaju.
“Pada 2025, kami akan terus berusaha dengan keazaman yang sama untuk mencapai peningkatan eksport yang kekal,” tegas Gorgun.
Memandang ke hadapan, tumpuan industri terus kekal dengan mengekalkan momentum dan meningkatkan eksport produk yang bernilai tambah tinggi. -airtimes.my