Home Semasa Sultan Abdullah sahkan titah adendum Najib wujud

Sultan Abdullah sahkan titah adendum Najib wujud

by Zulhaizi Rosdi

PUTRAJAYA, 6 JAN – Titah tambahan (adendum) tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan wujud oleh Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah.

Pengesahan titah tambahan tersebut dinyatakan melalui surat yang ditandantangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Sultan Abdullah Ri’ayatuddin dan dialamatkan kepada anak Najib, Datuk Mohd. Nizar.

“Saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Dato’ Sri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam ruma (House Arrest) melalui Titah Addendum bertarikh 29 Januari 2024.

“Sehubungan dengan itu, melalui surat ini, saya bagi pihak Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 adalah dengan ini memperakukan bahawa Titah Addendum Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku termaksud adalah wujud dan sahih,” kata surat bertarikh 4 Januari 2025 yang dilihat oleh Air Times.

Media tempatan turut melaporkan sebahagian daripada isi surat telah dibacakan oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding permohonan Najib, hari ini.

#titahadendum #najib #najibrazak #titahtambahan #tahananrumah #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?