KUALA LUMPUR, 3 Jun – “Apa sebenarnya masalah orang tua ini? Tuduh ini dan itu pada saya tiap-tiap hari tapi bila suruh debat, dia berulang kali lari diri,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada veteran DAP, hari ini.
Najib dalam satu hantaran media sosialnya berkata, Lim Kit Siang cuba menyerang beliau dengan hanya menggunakan nama Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein.
Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang menyatakan, Tun Razak tidak akan mempercayai penjelasan dirinya tidak bersalah dalam rasuah.
Sebelum ini, Kit Siang mendakwa dirinya telah diserang oleh Profesor Kangkung dengan mengatakan beliau (Kit Siang) telah memberikan amaran bahawa Malaysia mungkin akan menjejaki langkah Sri Lanka menjelang tahun 2057.
“Kemudian, dia (Kit Siang) pula petik nama Allahyarham ayahanda saya untuk serang saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Najib sekali lagi menjelaskan, dirinya tidak pernah didakwa mencuri, merompak serta mengambil rasuah di bawah akta AMLA.
“Saya tak gunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi,
“Sangat berbeza dengan anak kamu yang benar-benar didakwa minta, ambil rasuah dan penyelewengan harta bawah kanun keseksaan,
“Jadi, kenapa kamu gelar saya kleptokrat tetapi tak tuduh anakmu seorang kleptokrat,” jelasnya lagi. – airtimes.my