Home Semasa Zeti terima duit Jho Low, kerajaan sila siasat – PERKASA

Zeti terima duit Jho Low, kerajaan sila siasat – PERKASA

by Hazli Fikri

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=p5WhVWM42tA[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan untuk menyiasat kebenaran laporan berita dikeluarkan oleh sebuah media tempatan yang mengaitkan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sekeluarga dengan Ahli Perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Setiusaha Agung PERKASA, Syed Hasan Musa Ali berkata, laporan media ‘Zeti Aziz’s Family Received Millions From Jho Low’ yang disiarkan itu mendakwa Zati membantu 2 syarikat yang mempunyai kaitan dengan Jho Low dan pecahan wang berkenaan telah diberikan kepada keluarganya.

“Kami rasa terkejut kerana beliau seorang yang berintegriti tinggi, bekas Gabenor Bank Negara dan kini memegang jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB),

“Beliau sebagai tokoh penting untuk negara, bila ada berita tentangnya menerima wang yang begitu banyak,” katanya yang dilaporkan oleh Malaysia Today,

“Pastinya, ini adalah satu berita yang agak mengejutkan, jadi PERKASA tampil membuat laporan polis, meminta polis untuk menyiasat mengenai berita tersebut,

“Kami ingin melihat sejauh mana kebenarannya mengikut apa yang dikeluarkan,

“Pecahan-pecahan wang kononnya dari pihak tertentu, skandal 1 keluarga begitu juga dengan contoh-contoh bank yang digunakan untuk menerima wang tersebut ke dalam akaun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berkenaan berita tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Syed Hassan turut menggesa Pengerusi PNB itu dan keluarganya untuk membuat penafian dengan kadar segera serta menjelaskan perkara yang sebenar kepada rakyat.

“Pihak kami mahukan kerajaan menyiasat sejauh mana kebenaran berita yang dikeluarkan, sama ada benar ataupun satu fitnah,

“Isu ini sangat serius kerana beliau tokoh untuk negara dan telah menerima banyak penganugerahan antarabangsa di atas integriti serta kecekapan mengurus kewangan negara,

“PERKASA mengambil inisiatif supaya pihak polis menyiasat benda ini secara terperinci, agar mendapat kebenaran yang sewajarnya,

“Kalau melibatkan Jho Low, ia berkaitan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga bekas Perdana Menteri yang lepas Datuk Sri Najib Razak,

“Apakah hubungan Zeti dengan kes 1MDB, mungkin ada kaitan atau tidak, kita perlu buat siasatan,” jelasnya.

Beliau menambah, isu ini penting kerana ia melibatkan maruah negara serta melibatkan bekas Perdana Menteri dan bekas Gabenor Negara dalam kes-kes besar yang belum dipastikan kebenaranya.

Sebelum ini, media telah mendedahkan beberapa dokumen yang dikaitkan dengan keluarganya yang didakwa menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan tersebut termasuk dari 1MDB ke akaun mereka di Singapura.

Zeti Aziz turut diburu polis atas dakwaan menerima lebih dari RM100 juta daripada Jho Low, iaitu penjenayah paling dikehendaki atas kesalahan mencuri duit 1MDB. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply