Home Semasa Farnborough International Airshow medan demonstrasi penerbangan antarabangsa pertama T625 Gökbey

Farnborough International Airshow medan demonstrasi penerbangan antarabangsa pertama T625 Gökbey

T625 Gökbey merupakan helikopter ringan utiliti pelbagai perana keluaran Turkish Aerospace (TUSAS)

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 JUL – Syarikat pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace (TUSAS) akan melaksanakan demonstrasi penerbangan antarabangsa pertama helikopter T625 Gökbey pada minggu ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak TUSAS dalam satu kenyataan.

Menurutnya, demonstrasi tersebut akan dilaksanakan bersempena pameran Farnborough International Airshow yang dijangka berlangsung mulai hari ini.

“Penerbangan ini akan mempamerkan kemajuan pihak TUSAS dalam teknologi aviasi dan juga keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” kata kenyataan itu.

T625 GÖKBEY merupakan helikopter utiliti pelbagai peranan yang  dibangunkan oleh TUSAS.

“Demonstrasi penerbangan T625 Gökbey di Farnborough International Airshow merupakan peristiwa yang penting kepada Turkiye,

“Tambahan pula, terdapat permintaan yang besar terhadap produk kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TUSAS, Dr. Mehmet Demiroğlu.

T625 Gökbey merupakan helikopter utiliti ringan pelbagai peranan yang ditawarkan oleh Sekretariat Industri Pertahanan Turkiye kepada pasukan tentera negara itu.

Sehingga kini, 4 buah prototaip helikopter telah dibina. Perolehan sebanyak 100 buah T625 Gökbey dirancang untuk kegunaan pasukan tentera dan keselamatan Turkiye.

Helikopter ini mampu untuk membawa 12 penumpan dan dioperasikan oleh 2 orang juruterbang. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #TUSAS

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!