Home SemasaPilihanraya Presiden Amerika Syarikat: Biden tarik diri

Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat: Biden tarik diri

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tarik diri dari bertanding dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada November ini.

by M.Daim
A+A-
Reset

WASHINGTON, 22 JUL – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah menarik diri dari bertanding pilihanraya presiden yang akan berlangsung pada November ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh beliau di akaun media sosial rasminya.

“Saya percaya adalah demi kepentingan terbaik parti saya dan negara untuk saya berundur dan menumpukan perhatian semata-mata untuk memenuhi tugas saya sebagai Presiden untuk baki penggal saya,” katanya di akaun X pada Ahad.

Dalam kenyataan yang sama, beliau telah menyuarakan sokongan Timbalan Presiden AS, Kamala Harris untuk menjadi calon Parti Demokrat.

Biden, 81 tahun merupakan individu yang tertua menjawat jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat. Khidmat beliau sebagai presiden akan tamat pada 20 Januari 2025.

Keputusan beliau untuk menarik diri dijangka akan memberikan perubahan besar kepada Pilihanraya Presiden AS yang menyaksikan penglibatan Donald Trump (calon Republican).

Donald Trump yang juga bekas Presiden AS sebelum ini terselamat dari cubaan bunuh semasa menjalankan kempen pada 13 Julai lalu. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Biden

Related Articles

Leave a Reply