if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Masih degil, 16 PATI ditahan ceroboh sempadan negara

Masih degil, 16 PATI ditahan ceroboh sempadan negara

by Jassmadi Jakariya

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan semalam menerusi Op Benteng yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasukan keselamatan turut merampas 3 kenderaan darat.

“Sebanyak 110 sekatan jalan raya (SJR) turut dilaksanakan semalam yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menerusi Op Penawar sebanyak 39 SJR, Op Benteng PDRM (62) dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Task Force Pematuhan oleh PDRM telah menahan 142 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemuanya telah dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup pelitup muka (53), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (9), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78) dan lain-lain (2),” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?