Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Najib dedah perinci insiden pejabat beliau ditembak – Air Times News Network
Home Semasa Najib dedah perinci insiden pejabat beliau ditembak

Najib dedah perinci insiden pejabat beliau ditembak

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi mendedahkan insiden tembakan di Pejabat UMNO di Bahagian Pekan pada tahun 2017.

Beliau memuatkan perincian insiden tersebut di laman Facebook rasminya, hari ini.

Menurutnya, insiden ini telah menyebabkan tahap perlindungan keselamatan Unit Tindakhas terhadap beliau dipertingkatkan semasa menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kesan tembakan yang disedari oleh petugas di Pejabat UMNO Bahagian Pekan pada 13 November 2017. Foto: Facebook Najib Razak.

“Saya bukannya nak ungkit pasal kisah lama ini. Cuma nak jelaskan mengenai persepsi dahulu yang dimainkan PH bahawa saya tidak mesra rakyat atau rakyat tidak mudah mendekati saya,” jelasnya.

Beliau turut memuat naik kesan tembakan pada kaca bangunan dan anggota polis yang sedang membuat siasatan di tempat kejadian.

Terdahulu, beliau telah mendedahkan bahawa pejabatnya telah ditembak pada sekitar 11 dan 12 November 2017. Pendedahan beliau dibuat semasa menghadiri Wacana Penerangan UMNO pada 7 Ogos lalu.

Sementara itu, UMNO Bahagian Pekan telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan insiden tersebut berlaku.

Dalam kenyataan tersebut, kesan tembakan ditemui pada tingkat 4 dan tingkat 5 di bangunan Pejabat UMNO Pekan. Bilik tingkat 5 yang terkena tembakan tersebut menempatkan Pejabat Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Pihak UMNO Pekan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Anggota polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian – Foto: Facebook Najib Razak.

“Bilik-bilik yang terkena kesan tembakan telah disita bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan pemeriksaan yang mengambil masa dua minggu,” jelas kenyataan tersebut.

Kandungan pendedahan oleh bekas Perdana Menteri di akaun Facebook kendalian beliau.

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?