Home Semasa 7 pertuduhan SRC, mahkamah perintah Najib bela diri

7 pertuduhan SRC, mahkamah perintah Najib bela diri

by Bernama

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengumumkan keputusan itu pada 11.34 pagi.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri Najib, 66, bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.

Anggota Parlimen Pekan itu dituduh melakukan semua kesalahan itu antara 17 Ogos , 2011 dan 2 Mac, 2015.

Najib yang merupakan perdana menteri keenam dari 2009 sehingga 2018 ialah ketua kerajaan yang pertama di Malaysia dihadapkan ke mahkamah.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply