Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata, Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, perlu dirakam keterangan berhubung perkara itu.

Semalam, Najib hadir buat kali pertama di ibu pejabat suruhanjaya itu untuk memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Isnin lalu mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.