Home SemasaGlobal 28 maut pesawat terhempas di Korea Selatan

28 maut pesawat terhempas di Korea Selatan

by Zulhaizi Rosdi

SEOUL, 29 DIS – Sebuah pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan 6 anak kapal terhempas di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan pada Ahad.

Agensi berita Yonhap melaporkan, setakat ini seramai 28 orang dilaporkan maut manakala jumlah yang cedera belum diketahui.

Nahas berlaku ketika pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand itu mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.

Menurut laporan awal, dua individu ditemui masih hidup ketika misi menyelamat dilakukan.

Dalam perkembangan sama, Pegawai lapangan terbang memberitahu Reuters, pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat.

Sementara itu, Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sung-mok mengarahkan usaha menyelamat dilaksanakan secara habis-habisan.

Jurucakap Jeju Air berkata, syarikat penerbangan terbabit sedang melakukan semakan laporan berhubung insiden itu. -airtimes.my

#JejuAir #pesawatterhempas #pesawat #maut #KoreaSelatan #Airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?