GAZA, 29 DIS– Serbuan yang berlaku ke atas Hospital Kamal Adwan, pada semalam telah mengejutkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Berikutan, laporan awal menunjukkan beberapa kawasan hospital terbakar dan alami kerosakan teruk ketika serbuan dan insiden tersebut menyebabkan kemudahan kesihatan utama terakhir di Utara Gaza tidak berfungsi.
Makmal, unit pembedahan, jabatan kejuruteraan dan penyelenggaraan, teater operasi, dan stor perubatan antara yang mengalami kerosakan.
“Serbuan tersebut berikutan peningkatan sekatan ke atas akses dan serangan berulang,”
Sejak awal Oktober 2024, WHO telah mengesahkan sekurang-kurangnya 50 serangan terhadap kesihatan atau berhampiran hospital.
“Minggu ini, pengeboman di sekitarnya dilaporkan telah mengorbankan 50 orang, termasuk lima pekerja kesihatan dari Hospital Kamal Adwan,”
Sejak dua bulan lalu, hampir setiap hari berlaku serangan ke atas hospital dan pekerja kesihatan dan kawasan sekitar hospital tidak menentu.
Susulan itu, Hospital Kamal Adwan yang kini kosong dan tidak beroperasi selepas serbuan, hanya berbaki 15 pesakit kritikal, 50 penjaga dan 20 pekerja kesihatan dipindahkan ke Hospital Indonesia pada petang semalam.
Dengan itu, pelaksanaan misi WHO ke Hospital Indonesia esok masih dalam perancangan untuk menilai keadaan fasiliti, kemudahan bekalan perubatan asas, makanan dan air, dan keselamat pemindahan pesakit kritikal ke Kota Gaza bagi rawatan lanjut.
Terdahulu, seramai 12 pesakit dan seorang kakitangan kesihatan wanita dilaporkan terpaksa berpindah ke Hospital Indonesia, namun musnah dan tidak dapat berfungsi memberikan sebarang penjagaan lagi, manakala sebahagian besar kakitangan, pesakit kritikal dipindahkan ke lokasi berdekatan.
Bagaimanapun, pemindahan dan rawatan pesakit kritikal dalam keadaan sedemikian menimbulkan risiko besar kepada kelangsungan hidup mereka.
Walaupun hubungan WHO dengan Hospital tersebut terputus sejak serbuan tersbut, WHO tetap prihatin terhadap kesejahteraan pesakit dan pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safiya yang dimaklumkan telah ditahan ketika serbuan itu.
Sejak Oktober 2023, WHO telah berulang kali mendesak perlindungan untuk pekerja kesihatan dan kemudahan hospital mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Walaupun seruan ini tidak diendahkan, WHO tetap berusaha untuk menyampaikan bekalan kecemasan, termasuk 45,000 liter bahan api, bekalan perubatan, darah, dan makanan, serta memindahkan 114 pesakit ke Hospital Al-Shifa.
WHO menyeru agar segera ada sokongan dalam memastikan hospital di Utara Gaza dapat berfungsi semula berikutan Hospital Kamal Adwan dan Indonesia tidak beroperasi sepenuhnya.
Manakala, Hospital Al-Awda hampir tidak dapat berfungsi dan rosak teruk akibat daripada serangan baru-baru ini menyebabkan mereka mencapai titik putus dan usaha WHO bersama rakan kongsi untuk mengekalkan operasi hospital telah dibatalkan.
Dalam pada itu, WHO juga terus mengingatkan bahawa pekerja kesihatan dan kemudahan hospital mesti dilindungi sepenuhnya mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan tidak boleh diserang atau digunakan untuk tujuan ketenteraan. -airtimes.my
#AirTimes #WHO #HospitalKamalAdwan #Gaza #UtaraGaza