Home SemasaGlobal Presiden Filipina jadi mangsa teknologi AI, didakwa lancarkan peperangan

Presiden Filipina jadi mangsa teknologi AI, didakwa lancarkan peperangan

by M.Daim

MANILA, 24 APR – Pejabat Presiden Filipina mengeluarkan amaran bahawa mereka telah mengesan video yang  telah menyalahguna teknologi kecerdasan buatan (AI).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pejabat Komunikasi Presiden Filipina dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihaknya telah mengesan kandungan di platform penstriman video popular yang didakwa mengandungi arahan Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr untuk melancarkan peperangan dengan sebuah negara.

Jelasnya, audio tersebut merupakan hasil manipulasi dari teknologi AI.

“Tiada sebarang arahan (serangan) wujud atau dikeluarkan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menjelaskan terdapat wujud pihak berkepentingan cuba memanipulasi kandungan digital dengan tujuan tertentu. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Filipina #AI

Related Articles

Leave a Reply