Home SemasaGlobal Filipina akan terima bantuan pembiayaan ketenteraan US$500 juta dari AS

Filipina akan terima bantuan pembiayaan ketenteraan US$500 juta dari AS

by M.Daim

MANILA, 24 APR – Kerajaan Filipina dijangka akan menerima bantuan pembiayaan ketenteraan sebanyak US$ 500 juta dari Amerika Syarikat.

Pembiayaan tersebut merupakan sebahagian daripada pakej bantuan bernilai US$8.1 bilion kepada negara sekutu di Indo Pasifik yang digubal oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Ferdinand Martin G. Romualdez dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Amerika Syarikat telah meluluskan bantuan tersebut dengan memperuntukkan sebanyak US$4 bilion kepada Taiwan, Filipina, dan negara sekutu di rantau ini.

“Ini merupakan detik penting yang menggariskan kerjasama berkekalan antara kedua-dua negara dan komitmen Amerika Syarikat dalam memupuk kestabilan serta kemakmuran di Indo Pasifik,

“Kami amat berterima kasih dengan usaha ini yang pasti akan mengukuhkan keselamatan dan integriti wilayah Filipina,” kata Romualdez dalam kenyataan itu.

Selain itu, Filipina turut memohon peruntukan  tahunan sebanyak US$ 500 juta setahun untuk tempoh 2025 hingga 2029. Ia akan dilakukan melalui Philippines Enhanced Resilience Act of 2024 (PERA) yang digubal di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. – airtimes.my

#AirTimes #Filipina #Global

Related Articles

Leave a Reply