Home SemasaGlobal PM letak jawatan 15 Mei

PM letak jawatan 15 Mei

by M.Daim

SINGAPURA, 15 APR – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan melepaskan jawatan beliau pada 15 Mei 2024.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan pada hari ini.

“Beliau (Lee Hsien Loong) akan menasihati Presiden untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, pelantikan Wong sebagai Perdana Menteri Singapura telah mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen PAP.

“Perdana Perdana Menteri baharu akan mengangkat sumpah pada 8.00 malam pada 15 Mei 2024,” jelasnya.

Sementara itu, Hsien Loong di akaun media sosial rasminya menyeru rakyat Singapura untuk memberi sokongan kepada penggantinnya.

“Saya meminta semua rakyat Singapura untuk memberikan sokongan penuh kepada Wong dan kumpulannya,

“Bekerjasamalah dengan mereka untuk mencipta masa hadapan yang cerah untuk negara Singapura,” katanya.

Hsien Loong telah dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura yang ke-3 semenjak 12 Ogos 2004.

Anak kelahiran Singapura berusia 72 tahun itu pernah berkhidmat dalam pasukan tentera republik. Karier beliau dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF) selama 13 tahun itu telah mencipta sejarah tersendiri di mana Hsien Loong merupakan Brigadier Jeneral termuda selepas dinaikkan pangkat pada 1983.

Beliau memegang tampuk pemerintahan 23rd Batalion Singapore Artillery sebelum bersara dari SAF untuk menyertai dunia politik.

Wong, bakal Perdana Menteri Singapura ke-4 pula memulakan perjalanan karier sebagai ahli ekonomi di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri negara itu pada tahun 1997.

Beliau turut berpengalaman sebagai penjawat awam dalam Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Singapura sebelum menyertai politik. – airtimes.my

#AirTimes #Singapura #Global

Related Articles

Leave a Reply