Home SemasaGlobal Serangan terhadap Israel tamat, jangan cuba bertindak balas – Menteri Luar Iran

Serangan terhadap Israel tamat, jangan cuba bertindak balas – Menteri Luar Iran

by M.Daim

TEHRAN, 15 APR – Menteri Luar Iran, Amir Abdollahian menegaskan serangan yang dilancarkan terhadap Israel adalah tindak balas dan pendekatan oleh Tehran terhadap keamanan serantau serta antarabangsa.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pada hari ini.

“Serangan ini merupakan pelaksanaan hak untuk pertahanan diri yang sah. Ia menunjukkan pendekatan dan tanggungjawab Iran terhadap keamanan serta keselamatan serantau,” katanya.

Beliau menambah, Iran tidak berhasrat untuk meneruskan operasi serangan terhadap Israel.

Pun begitu, Amir menyatakan Iran akan bertindak balas sekiranya terus diancam pada masa akan datang.

“Iran tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan kepentingan sahnya terhadap sebarang pencerobohan baru,” tegasnya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Iran melancarkan serangan dron kamikaze dan misil terhadap Israel pada 14 April 2024.

Serangan yang dilancarkan itu merupakan tindak balas Tehran terhadap Israel yang sebelum ini menyerang kedutaannya di Damsyik.

Serangan pada 1 April itu telah meragut 7 nyawa termasuk penasihat tentera Iran.

Pengeboman Kedutaan Iran di Damsyik, Syria telah mengundang kemarahan Tehran dan berjanji akan bertindak balas terhadap tindakan Israel. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Iran

Related Articles

Leave a Reply