Home SemasaGlobal Stesen kereta api di Tokyo akan diubahsuai sebagai pusat pelindungan semasa konflik

Stesen kereta api di Tokyo akan diubahsuai sebagai pusat pelindungan semasa konflik

by M.Daim

TOKYO, 20 MAC – Sebuah stesen kereta api bawah tanah di Tokyo akan diubah suai menjadi pusat perlindungan sekiranya berlaku serangan misil.

Pengubahsuaian tersebut akan melibatkan stesen Azabu-Juban di Minato.

Rancangan pengubahsuaian tersebut dijangka akan menelan belanja sebanyak US$1.3 juta.

Menurut laporan media Jepun, stesen tersebut adalah berhampiran dengan daerah Roppongi dan Hirro yang mempunyai banyak kawasan keduataan.

“Sumber dalam kerajaan metropolitan berkata rancangan kawasan simpanan bawah tanah untuk bekalan kecemasan di premis stesen itu diperbaharui,

“Ini memastikan penduduk Tokyo mempunyai tempat yang selamat untuk berlindung sekiranya berlaku serangan berpanjangan,

“Tinjauan akan bermula tidak lama lagi untuk memastikan butiran dan spesifikasi tempat perlindungan,

“Tokyo juga akan mempertimbangkan sama ada tempat letak kereta bawah tanah sedia ada boleh digunakan dengan cara yang sama,” kata laporan itu.

Pada ketika ini, pihak perbandaran Tokyo telah menetapkan 4,258 tapak perlindungan dan sebahagian daripadanya dikendalikan oleh syarikat swasta.

Walaupun jumlah tersebut dikatakan mencukupi, pihak metropolitan sedang mempertimbangkan untuk menambah fasiliti yang serupa di beberapa kawasan yang lain.

Pun begitu, laporan tersebut menyatakan tapak kecemasan pada ketika ini tidak mempunyai sebarang simpanan bekalan air dan makanan pada waktu kecemasan.

“Atas sebab ini, Tokyo bergerak untuk mewujudkan tempat perlindungan bawah tanah,” kata laporan itu. – airtimes.my

#AirTimes #Jepun #Global

Related Articles

Leave a Reply