Home SemasaGlobal Israel tidak akan berundur dari Khan Younis

Israel tidak akan berundur dari Khan Younis

by M.Daim

GAZA, 15 JAN – Tel Aviv tidak akan mengundurkan bala tenteranya dari Gaza.

Perkara tersebut disuarakan oleh jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari.

“Kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk  berundur dari Khan Yunis atau tempat lain (di Gaza),

“Kami akan berkerjasama dengan pihak ISA (Pihak Berkuasa Keselamatan Israel, Israel Securities Authority) untuk menewaskan Hamas,” kata Hagari dalam saluran rasmi tentera Israel.

Menurutnya, operasi ketenteraan di Gaza akan memakan satu jangka masa yang panjang.

Perang Gaza-Israel kini telah berlanjutan lebih dari 100 hari semenjak 7 Oktober 2023. Selain Gaza, pertempuran turut tercetus di kawasan Tebing Barat.

Selain itu, Israel berhadapan dengan serangan dari Hezbollah di Lubnan dan Houthi (Yaman). Sehingga kini, masih belum terdapat tanda-tanda akan berlakunya gencatan senjata seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sehingga 14 Januari, seramai 23,968 orang masyarakat Palestin di Gaza telah menjadi korban peperangan.

Angka kematian di Gaza disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah konflik abad ke-21. Badan bantuan antarabangsa, Oxfam sebelum ini menganggarkan purata kematian harian di wilayah bergolak itu adalah 250 orang setiap hari. – airtimes.my

#AirTimes #Global #AsiaBarat

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!