KUALA LUMPUR, 14 JAN – Kadar purata kematian harian di Gaza dilaporkan lebih teruk berbanding konflik lain pada era abad ke-21.
Demikian menurut badan bantuan antarabangsa, Oxfam dalam satu kenyataan.
Agensi bantuan yang beribu pejabat di Kenya itu menyatakan pihaknya menganggarkan purata kematian masyarakat Palestin di Gaza semenjak 7 Oktober 2023 lebih teruk berbanding peperangan lain termasuk di Ukraine.
Oxfam menganggarkan seramai 250 warga Palestin menjadi korban dalam peperangan di Gaza semenjak 7 Oktober 2023.
Agensi itu menyatakan Syria mencatatkan 96.5 kematian setiap hari, diikuti , Sudan (51.6), Iraq (50.8), Ukraine (43.9) Afghanistan (23.8) dan Yaman (15.8).
Jelasnya, pengiraan tersebut adalah berdasarkan maklumat dan data dari sumber yang boleh diakses secara terbuka.
Menurut kenyataan itu, mangsa peperangan yang masih hidup berhadapan dengan cabaran kebuluran, jangkitan penyakit dan cuaca sejuk.
“Skala dan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap Gaza benar-benar mengejutkan,
“Selama 100 hari, penduduk Gaza telah menanggung penderitaan yang sangat mengerikan,
“Tiada tempat yang selamat dan keseluruhan penduduk berisiko menghadapi kebuluran,” kata Pengarah Rantau Timur Tengah Oxfam, Sally Abi Khalil.
Menurut beliau, kadar kematian dalam konflik Gaza disifatkan adalah yang terburuk dalam sejarah abad ke-21.
“Sukar untuk membayangkan bahawa masyarakat antarabangsa sedang menyaksikan kadar konflik paling membunuh pada abad ke-21 berlaku,
“Pada masa yang sama, mereka tidak mengambil peduli akan gesaan untuk gencatan senjata,” ujar beliau. – airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #Global