Home SemasaGlobal Houthi lancar misil serang kapal tentera AS

Houthi lancar misil serang kapal tentera AS

by M.Daim

WASHINGTON, 15 JAN – Kumpulan Houthi di Yaman telah melancarkan misil anti kapal terhadap armada Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy).

Perkara tersebut disahkan oleh pihak US Central Command (US CENTCOM).

“Satu misil anti kapal telah dilancarkan oleh kumpulan Houthi dari Yaman terhadap kapal USS LABOON,

“Misil telah ditembak jatuh di kawasan pesisir Al Hudaydah oleh jet pejuang,” kata US CENTCOM dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

USS LABOON merupakan kapal pembinasa US NAVY kelas Arleigh Burke. Foto: US NAVY

Hantaran tersebut tidak menyatakan jenis misil mahupun jet pejuang yang terlibat.

“Tiada sebarang kerosakan dan kecederaan dilaporkan,: katanya.

Jelasnya, kejadian berlaku 14 Januari 4.45 petang waktu tempatan (9.45 malam waktu Malaysia).

Serangan tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh Houthi terhadap konvoi US Navy yang berada di Laut Merah selepas siri serangan udara terhadap Yaman.

AS dan United Kingdom pada Jumaat lalu telah melancarkan siri serangan udara terhadap kedudukan Houthi di Yaman. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global #yaman #USCentcom

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?