Home SemasaGlobal Komander pengasas Briged Al Qassam maut dalam serangan di Lubnan

Komander pengasas Briged Al Qassam maut dalam serangan di Lubnan

by M.Daim

BEIRUT, 3 JAN – Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Saleh al-Arouri disahkan terkorban dalam satu serangan di Lubnan.

Perkara tersebut disahkan oleh Hamas dan juga pemimpinnya, Ismail Haniyeh dalam satu kenyataan.

Turut terkorban adalah 2 pemimpin tinggi Briged Al Qassam, Samir Fendi dan Azzam Al-Aqra serta 4 lagi individu.

“Serangan sebegini tidak akan melunturkan semangat kami ” – Ismail Haniyeh

Kejadian berlaku di kawasan kejiranan Dahieh, Beirut, Lubnan pada pukul 5.41 petang 2 Januari 2024, waktu tempatan.

Media Lubnan, National News Agency, dan Ismail mendakwa serangan tersebut telah dilancarkan oleh Israel. Walaubagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan, Tel Aviv tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan mahupun menafikan penglibatan mereka dalam kejadian di Beirut.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menegaskan serangan yang dilancarkan oleh Israel “adalah bukti keganasan oleh Tel Aviv”.

“Kami mengesahkan tentera penjajah (Israel) telah membunuh Saleh Al-Arouri dan rakan-rakan pemimpin serta ahli gerakan di bumi Lubnan,

“Ianya adalah tindakan pengganas dan melanggar kedaulatan Lubnan. Israel akan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka,” kata Ismail dalam satu ucapan.

Sebuah apartment di Beirut musnah dalam serangan yang meragut nyawa Saleh Al-Arouri dan beberapa pemimpin tinggi Hamas.

Beliau menambah, serangan sebegini tidak akan melunturkan semangat pihak Hamas.

“Ini adalah sejarah kumpulan pejuang dan gerakan kami. Kami akan menjadi lebih kuat dan berazam,” ujar Haniyeh.

Saleh al-Arouri, 57 tahun merupakan pemimpin gerakan Hamas di Tebing Barat. Beliau juga dilaporkan merupakan antara pengasas yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Briged Al-Qassam. – airtimes.my

#AirTimes #Lubnan #Global

Related Articles

Leave a Reply