Home SemasaGlobal Pesawat Rusia, China masuk zon identifikasi pertahanan udara Korea Selatan

Pesawat Rusia, China masuk zon identifikasi pertahanan udara Korea Selatan

by M.Daim

SEOUL, 14 DIS – 6 buah pesawat China dan Rusia dilaporkan memasuki zon identifikasi pertahanan udara Korea Selatan (KADIZ), hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Ketua Turus Bersama (JCS) Republik Korea.

“2 buah pesawat tentera China dan 4 pesawat Rusia telah memasuki KADIZ di bahagian Laut Timur (Laut Jepun),

“Keenam-enam pesawat ini telah dikesan ketika menghampiri KADIZ dan tentera udara telah menghantar jet pejuang untuk melakukan tindakan selanjutnya,” kata JCS di akaun media sosial rasmi mereka.

ADIZ merupakan kawasan udara yang digazetkan oleh sesebuah kerajaan untuk melakukan pengawasan dan mengenalpasti pesawat yang memasuki ruang udara negara.

Lazimnya, zon ADIZ tidak terikat dengan mana-mana triti mahupun perjanjian antarabangsa. Malah, zon ini dilihat sebagai kawasan pemampan kerana ia mempunyai keluasan lebih besar berbanding zon udara nasional. – airtimes.my

#AirTimes #KoreaSelatan #Global #Rusia #China

Related Articles

Leave a Reply