Home SemasaGlobal #Global: Manila pertingkat belanjawan ketenteraan, mahu kedaulatan Filipina dipertahankan

#Global: Manila pertingkat belanjawan ketenteraan, mahu kedaulatan Filipina dipertahankan

by M.Daim

MANILA, 11 OGOS – Filipina meningkatkan jumlah belanjawan ketenteraannya untuk tahun 2024.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Speaker Parlimen Filipina, Ferdinand Martin G. Romualdez.

Menurut beliau, sebanyak PHP 5.768 trilion (RM467.46 bilion) telah dicadangkan dan mendapat sokongan penuh dari parlimen negara kepulauan republik itu.

“Komitmen kami adalah untuk memastikan kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Filipina sentiasa dipertahankan,

“Sebagai sebuah negara, kita perlu mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan tahap keupayaan pertahanan Filipina,

“Ini bagi memastikan Filipina mempunyai sumber kekuatan pertahanan yang perlu bagi mempertahankan kedaulatannya,” kata Ferdinand dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Philipine News Agency.

Menurut laporan itu, cadangan jumlah belanjawan ketenteraan Filipina untuk 2024 adalah 21.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2023.

Sementara itu, Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr menegaskan belanjawan tersebut akan memberi fokus kepada aspek pertahanan darat, laut dan udara negara Filipina.

“Peruntukan ini mencerminkan dedikasi kami bagi memastikan postur pertahanan Filipina adalah kredibel dan kukuh,

“Ia juga memberikan mesej bahawa kita tidak akan mengambil mudah dan berkompromi dalam menjaga kedaulatan Filipina,

“Keupayaan pertahanan bukanlah sekadar untuk berperang tetapi ia juga penting untuk menjaga keamanan, kestabilan dan kedaulatan Filipina,” kata Ferdinand.

Filipina pada ketika ini sedang berhadapan dengan isu pertindihan di kawasan perairan Barat negara itu.

Pada awal Ogos lalu, Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) telah memintas dan menghalang beberapa buah kapal Filipina yang sedang dalam perjalanan ke Second Thomas Shoal.

Dalam kejadian tersebut, pihak Pasukan Pengawal Pantai Filipina (PCG) mendakwa CCG telah melepaskan tembakan air ke arah konvoi kapal yang sedang menuju ke pos kawalan BRP Sierra Madre di Second Thomas Shoal. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply