Home SemasaGlobal #Global: “Aku mahu pulang”, Thaksin akan kembali ke Thailand selepas 15 tahun dalam buangan

#Global: “Aku mahu pulang”, Thaksin akan kembali ke Thailand selepas 15 tahun dalam buangan

by M.Daim

BANGKOK, 26 JUL – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dijangka akan kembali ke Thailand pada 10 Ogos ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak beliau, Paetongtarn Shinawatra di akaun media sosial rasminya.

Paetongtarn menyatakan rasa gembira akan kepulangan bekas pemimpin Thailand itu selepas keluar dari negara itu pada tahun 2008.

Menurut beliau, Thaksin dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Don Meung pada 10 Ogos ini.

“Saya dan keluarga berasa gembira dan juga bimbang, tetapi kami hormati keputusan ayah (Thaksin),” katanya.

Menurut laporan media Thailand, bekas perdana menteri itu telah merancang ke pulang negaranya semenjak awal tahun lalu.

Thaksin telah menjadi Perdana Menteri Thailand semenjak 2001 sebelum ditumbangkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 19 September 2006.

Selepas kerajaan pimpinan beliau tumbang, Thaksin memilih untuk hidup dalam buangan di Dubai.

Sepanjang ketiadaan beliau di Thailand, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara terhadap Thaksin selepas 4 kes bersabit terhadapnya telah dibicarakan.

Thaksin menyatakan beliau mahu pulang ke Thailand untuk menjalani proses pengadilan di negara itu.

Sementara itu, pihak berkuasa penjara Thailand menyatakan Thaksin akan menerima layanan sebagai tahanan berusia.

Perkara tersebut disuarakan oleh Ketua Jabatan Penjara Thailand, Ayut Sinthoppan.

“Sekiranya beliau mempunyai latar belakang kesihatan, rawatan akan diberikan mengikut nasihat pihak doktor penjara,

“Thaksin akan dikuarantin di hospital selama 10 hari bagi menjalani ujian COVID-19 sebelum dimasukkan ke wad,” katanya.

Beliau menambah, Thaksin akan ditahan sebaik sahaja mendarat di Don Mueang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply