Home Teknologi Pertahanan #Teknologi Pertahanan: Turkiye mula anjur pameran pertahanan ke-4 terbesar di dunia

#Teknologi Pertahanan: Turkiye mula anjur pameran pertahanan ke-4 terbesar di dunia

by M.Daim

ISTANBUL, 26 JUL – Pameran pertahanan antarabangsa di Turkiye, International Defense Industry Fair 2023 (IDEF 2023) mula berlangsung pada hari ini.

Pameran yang memasuki edisi ke-16 ini akan berlangsung selama 4 hari sehingga 28 Julai 2023 di stanbul TÜYAP Fairs and Congress Center.

IDEF merupakan pameran ke-4 terbesar di dunia dan diadakan secara dwi tahunan semenjak tahun 1993.

“IDEF merupakan antara pameran industri pertahanan terkemuka di dunia dan edisi kali ini dijangka akan mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun 2023,

“Pameran ini akan memperlihatkan pelbagai produk dan teknologi baharu,” kata IDEF dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pameran ini memainkan peranan tersendiri dalam mempromosi industri pertahanan Turkiye kepada dunia.

Pameran IDEF 2023 dijangka akan menjadi lebih menarik berbanding edisi sebelumnya. Foto: Air Times/Azaman

“Lebih 1,000 pempamer dari syarikat Turkiye dan antarabangsa dari sektor pertahanan serta keselamatan terlibat dalam pameran ini,” katanya.

Selain itu, IDEF 2023 dijangka akan menarik 400 delegasi rasmi dari dalam dan luar Turkiye.

Produk dan teknologi pertahanan Turkiye merupakan antara yang menjadi fokus di peringkat global semenjak beberapa tahun lalu.

Pihak Turkish Defence and Aerospace Industry Manufacturers Association (SASAD) sebelum ini menyatakan sektor pertahanan dan aeroangkasa di negara itu menunjukkan peningkatan dari segi pasaran eksport untuk tempoh 2020 hingga 2022.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh SASAD, pendapatan keseluruhan dari sektor pertahanan dan aeroangkasa Turkiye adalah sebanyak $12.2 bilion pada tahun 2022. Dengan $4.4biliionn dari pasaran eksport.

Air Times kini berada di Istanbul bersama beberapa media tempatan telah dijemput oleh pihak Turkish Aerospace Industries untuk melakukan liputan pameran IDEF 2023. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply