Home Teknologi Pertahanan #Pertahanan: Sistem senjata peluru berpandu anti-kereta kebal Baktar Shikan

#Pertahanan: Sistem senjata peluru berpandu anti-kereta kebal Baktar Shikan

by Muaz Rizqi

Evolusi kereta kebal telah menjangkau usia 100 tahun semenjak kemunculannya pada Perang Dunia Pertama. Pada awal pengenalannya kereta kebal umpama satu aset strategik yang tiada mampu dikalahkan.

Walaupun begitu, peperangan yang melibatkan “Counter and Encounter” dan setiap aset terdapat kelemahannya. Begitu juga dengan kereta kebal yang berhadapan dengan senjata anti-armor.

Melihat konflik pada masa kini, kereta kebal masih digunakan sebagai ketumbukan utama di mana-mana pasukan tentera di seluruh negara serata dunia.

Sebagai contoh, teknologi persenjataan ini digunakan oleh pasukan Bosnia dalam tahun 1995 dan 1996 semasa krisis bersama puak Serbia semasa Perang Bosnia, dan berjaya mencapai ketepatan 95%.

Beberapa konflik lain di Syria, Yaman dan Ukraine menyaksikan kemampuan senjata anti armor dalam membendung kemaraan kereta kebal.

Baktar Shikan merupakan antara sistem persenjataan anti armor yang dioperasikan oleh Tentera Darat Malaysia.

Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak ketinggalan untuk memiliki pelbagai jenis senjata anti-armor di dalam inventori mereka.

Semasa Latihan Kuasa Tembakan (LKT) di Gemas, Negeri Sembilan baru-baru ini, TDM telah mempamerkan salah satu aset anti-armor mereka iaitu Baktar Shikan.

Baktar Shikan dipasang pada ACV-300 Adnan semasa Latihan Kuasa Tembakan di Gemas baru-baru ini.

Baktar Shikan ialah varian sistem senjata anti-kereta kebal HJ-8 buatan China yang telah dihasilkan di bawah lesen oleh Pakistan sejak akhir 1990-an.

Pakistan menghasilkan sistem peluru berpandu ini di Makmal Penyelidikan, Kahuta dan ia berkemampuan untuk memusnahkan perisai pelindung ERA (Explosive Reactive Armour).

Selain itu, ia merupakan sistem senjata peluru berpandu anti-kereta kebal generasi kedua yang mengikuti prinsip sasaran optik, pengesanan IR (Infrared), kawalan jauh dan isyarat panduan yang dihantar melalui wayar.

Sistem senjata anti-kereta kebal Baktar Shikan terdiri daripada empat sub-unit, peluru berpandu bersarung, tripod, goniometer dan kotak kawalan setiap satu dengan berat tidak melebihi 25 kg sekali gus menjadikan sistem ini mudah dikendalikan.

Peluru berpandu ini mempunyai jarak maksimum 3,000 meter dan boleh menembusi perisai 500 mm dengan kepala peledak standard. Hulu peledak tandem pula dipercayai mampu menembusi perisai melebihi 600 mm.

Dalam inventori TDM, Baktar Shikan lazimnya dipasang pada kenderaan tempur berperisai Adnan.

Pengunaan aset  Baktar Shikan sememangnya senjata anti-armor yang ampuh dan senjata ini menjadi taring perobek armor musuh TDM.

Di samping itu, melihat kepada perkembangan semasa adalah wajar untuk TDM melihat kehadapan untuk memperolehi aset anti-armor yang bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Kesimpulannya, pemilikan senjata sebegini adalah penting kerana ia memainkan peranan yang penting dalam mengatasi ancaman yang mungkin tidak diduga pada masa hadapan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?