Istilah dron sudah tentu akan memberikan bayangan kepada kita dengan pesawat kawalan jauh tanpa pemandu yang datang dalam pelbagai saiz.
Jika dilihat dalam peperangan masa kini, teknologi dron digunakan bagi tujuan ofensif dan tinjauan.
Teknologi yang dilihat pada masa kini bermula dari satu titik permulaan iaitu dron sasaran.
Dron sasaran merupakan komponen yang penting bagi pelaksanaan latihan ketenteraan semasa aman.
Di sebalik senario antarabangsa, sebuah syarikat di tanah air menawarkan perkhidmatan mereka untuk menghasilkan dron sasaran.
SGT Ventures merupakan penyedia perkhidmatan aeroangkasa. Syarikat ini membekalkan kelengkapan pertahanan terutamanya dron sasaran.
Dron ini memainkan peranan sebagai ‘pesawat musuh’ yang dijadikan sebagai sasaran sewaktu latihan.
Secara tidak langsung, ia membantu dalam meningkatkan kompetensi pasukan tentera dalam menghadapi situasi sebenar ketika di lapangan.
Kreativiti dan kredibiliti penghasilan dron tempatan itu juga turut melibatkan tenaga anak watan sepenuhnya serta golongan muda di dalam SGT Ventures.
Usaha SGT Ventures, dilihat mampu meningkatkan kecekapan tentera. Aktiviti oleh syarikat ini juga meningkatkan hasil sosioekonomi serta membuka peluang yang luas kepada anak tempatan khususnya golongan muda dalam memacu bidang teknologi mekanikal. -airtimes