Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Panglima Tentera Darat terima pingat SPMS dari Sultan Selangor – Air Times News Network
Home Semasa Panglima Tentera Darat terima pingat SPMS dari Sultan Selangor

Panglima Tentera Darat terima pingat SPMS dari Sultan Selangor

by Nurulhuda

KLANG, 27 Nov – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni hari ini berkenan mengurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) kepada Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Istiadat pengurniaan yang menyaksikan seramai 57 orang penerima ini adalah bersempena Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-75 yang dilaksanakan di Istana Alam Shah pada Sabtu.

Berangkat sama ke istiadat itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ahli Dewan Diraja Selangor, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda mendahului senarai penerima dengan dikurniakan Darjah Kerabat Kedua (D.K II).

Selain itu, Sultan Sharafuddin juga mengurniakan Darjah S.P.M.S. yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam upacara tersebut.

Sementara itu, turut tersenarai 2 individu yang menerima penganugerahan Darjah Datuk Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran Datuk Setia ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Pada 10 Disember tahun lalu, Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan di Facebook rasmi Istana Selangor bertitah dan memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang istiadat sempena Hari Keputeraan baginda dan akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan semasa COVID-19. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?