Home Pertahanan dan Keselamatan Zamrose santuni waris 2 anggota tentera terkorban di kawasan operasi

Zamrose santuni waris 2 anggota tentera terkorban di kawasan operasi

by Air Times News Network

SUNGAI PETANI, 12 Jul – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menziarah dan memberikan sumbangan kepada balu serta ahli keluarga 2 anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) yang terkorban ketika menjalani operasi di Banding, Perak pada Ahad lalu.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, Allahyarham Sarjan Mohd Kamal Ramli dan Koperal Muhammad Zaki Johari meninggal dunia selepas dihempap pokok semasa ribut melanda kawasan operasi itu.

“Jenazah Allahyarham Mohd Kamal telah dikebumikan di Sungai Petani, Kedah manakala jenazah Muhammad Zaki telah dikebumikan di Chuping, Perlis,” katanya.

Panglima Tentera Darat, menziarah dan memberikan sumbangan kepada balu serta ahli keluarga 2 anggota yang terkorban ketika menjalani operasi di Banding, Perak pada Ahad lalu.

Menurut TDM, Allahyarham Mohd Kamal meninggalkan seorang balu, Koperal Siti Nafishah Mohd Nasir dan 2 orang anak berusia 5 dan 2 tahun,

Manakala Allahyarham Muhammad Zaki, meninggalkan seorang balu, Nurummi Amirah Chepa dan 2 orang anak berusia 2 dan 1 tahun,” ujarnya.

Mengulas lanjut, TDM berkata akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya dalam memastikan kebajikan kedua-dua keluarga anggota ini terjaga.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply