Home SemasaGlobal Sukarelawan gempa bumi Turkiye terkorban dalam rusuhan di Tebing Barat

Sukarelawan gempa bumi Turkiye terkorban dalam rusuhan di Tebing Barat

by M.Daim

TEBING BARAT, 27 Feb – Seorang rakyat Palestin yang merupakan sukarelawan gempa bumi Turkiye dilaporkan terkorban dalam kejadian rusuhan di Hawara, Tebing Barat, awal hari ini.

Sameh Hamdallah Mahmoud Aktash, 37 tahun maut selepas ditembak oleh penduduk penempatan haram Israel yang merusuh di kawasan perkampungan Zatara.

Menurut laporan media Palestin, Sameh mengalami kecederaan di perut selepas ditembak secara bertubi-tubi oleh kumpulan perusuh.

Sameh (tengah) merupakan antara petugas penyelamat dari Palestin yang membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.

“Identiti beliau telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa kesihatan. Sameh terlibat dalam operasi menyelamat mangsa gempa bumi Turkiye pada 2 minggu lalu,” lapor Shehab Agency.

Kumpulan perusuh bertindak menyerang dan membakar rumah serta merosakkan kenderaan milik penduduk Palestin.

Sementara itu, lebih 30 buah rumah penduduk Palestin telah diserang oleh kumpulan perusuh dan 25 lagi kenderaan dibakar.

Quds Network melaporkan lebih 100 warga Palestin mengalami kecederaan.

Insiden rusuhan tercetus beberapa jam selepas 2 warga Israel ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata di bandar Hawara.

Rusuhan oleh kumpulan penduduk penempatan Israel telah menyebabkan 100 penduduk Palestin cedera.

Lantaran dari insiden pembunuhan tersebut, timbalan ketua Majlis Wilayah Samaria, Davidi Ben-Zion memuat naik satu hantaran di akaun media sosial beliau yang menggesa agar ‘kawasan perkampungan di Hawara sebagai hukuman”.

Davidi turut mendakwa kawasan perkampungan terbabit sebagai ‘sarang pengganas’.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel menggesa rakyatnya untuk bertenang dan tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?