Home Pertahanan dan Keselamatan US-Malaysia kongsi komitmen eratkan kerjasama pertahanan dua hala

US-Malaysia kongsi komitmen eratkan kerjasama pertahanan dua hala

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Amerika Syarikat dan Malaysia dijangka akan memperluaskan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, Setiausaha Pertahanan Lloyd J. Austin III dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan telah berbincang pelbagai isu dalam satu perbualan telefon.

“Austin mengucapkan tahniah kepada Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu,

“Kedua-dua pemimpin telah membincangkan isu keselamatan serantau dan juga peluang bagi memperluas serta memperkukuh hubungan pertahanan Amerika Syarikat-Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, dalam perbualan telefon yang diadakan pada 23 Februari menyentuh isu serantau di Indo-Pasifik termasuk Laut China Selatan serta menekankan pendekatan berasaskan peraturan terhadapan cabaran keselamatan.

“Kedua-dua pemimpin telah menekankan komitmen mereka untuk mengekalkan status quo yang stabil di rantau Indo Pasifik,” jelas kenyataan itu.

Pada masa yang sama, Austin menegaskan sekali lagi akan komitmen Amerika Syarikat untuk memperluaskan kerjasama dengan Malaysia termasuk di domain maritim serta udara.

Kenyataan itu menyatakan kedua-dua pemimpin akan berjumpa semasa Shangri-La Dialogue.

Sentimen yang sama dikongsikan oleh Tok Mat yang menzahirkan penghargaan atas perbincangan yang diadakan pada 23 Februari lalu.

Menurut Menteri Pertahanan, beliau bersedia untuk berjumpa dengan Austin semasa Shangri-La Dialogue yang dijangka akan berlangsung pada pertengahan tahun ini.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply