Home SemasaGlobal Rusia ikrar akan tangani kehadiran tentera NATO di Poland

Rusia ikrar akan tangani kehadiran tentera NATO di Poland

by M.Daim

MOSKOW, 12 Jun –Kerajaan Rusia menegaskan pihaknya akan bertindak balas dengan peningkatan kehadiran tentera NATO di Poland.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Kementerian Luar Rusia.

“Tindak balas yang akan dilakukan adalah bersesuaian dan bertepatan dengan bentuk ancaman,

“Ia bertujuan untuk menangani sebarang ancaman keselamatan terhadap Persekutuan Rusia,” kata Oleg Tyapkin, ketua bahagian hubungan Rusia-Eropah yang dipetik oleh Interfax.

NATO sebelum ini meningkatkan jumlah anggota tenteranya di bahagian timur Eropah selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine. Sehingga Mei lalu, hampir 40,000 anggota tentera pertubuhan itu telah ditempatkan rantau itu termasuk Poland.

Peningkatan tersebut merupakan 10 kali ganda berbanding jumlah pada tahun sebelumnya.

Di Poland, jumlah kehadiran tentera gabungan itu telah meningkat dari 1,010 kepada 10,500.

Selain daripada itu, NATO telah membentuk ketumbukan tempur baharu di Slovakia, Hungary, Romania dan Bulgaria.

Pada masa yang sama, negara-negara Eropah turut meminta Amerika Syarikat menghantar tenteranya ke benua itu melalui aturan perjanjian bilateral. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply