KOTA KINABALU, 12 Jun – Kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu di perairan Kota Belud, semalam.
Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Kota Kinabalu, Asisten Superintenden Polis (ASP), Roslan Awang berkata, pasukannya berjaya menahan 2 buah bot, beberapa kilogram (kg) hasil ikan serta pelbagai peralatan menangkap ikan bersama bahan letupan.
“2 buah bot bersama peralatan menangkap ikan yang dirampas telah dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Belud Kinabalu untuk tindakan lanjut oleh Jabatan Perikanan,
“Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM73,525 dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, masyarakat boleh menyalurkan sebarang kes jenayah kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsapp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai polis berdekatan. -airtimes.my