Home SemasaGlobal UK kerah tentera tampung peningkatan mendadak kes COVID-19 di hospital

UK kerah tentera tampung peningkatan mendadak kes COVID-19 di hospital

by M.Daim

LONDON, 8 Jan – Seramai 200 anggota tentera Britain telah dikerah ke hospital di sekitar London bagi mengatasi kekurangan petugas perubatan berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 di negara itu.

Menurut Kementerian Pertahanan UK, 40 pakar perubatan dan 160 anggota tentera telah dihantar ke hospital kerajaan selama 3 minggu bagi membantu pihak kesihatan negara itu untuk menangani kes kemasukan hospital yang meningkat secara mendadak.

“Seramai 82 ribu petugas perubatan di England tidak hadir semenjak 2 Januari lalu dengan lebih daripada separuh angka tersebut melibatkan kes-kes berkaitan COVID-19,

“Ini termasuk 4,765 petugas perubatan di London yang terpaksa mengasingkan diri akibat terdedah dengan virus itu,” lapor Bloomberg.

Statistik terkini dari Khidmat Kesihatan Kebangsaan (National Health Service, NHS) UK menunjukkan kes pesakit memasuki hospital telah meningkat secara mendadak.

“Pada ketika ini, lebih 4,000 pesakit sedang dirawat di hospital berbanding 1,000 pada Disember,

“Jangkitan Omicron menyaksikan bilangan pesakit kian bertambah dan tenaga kerja petugas perubatan semakin berkurangan,

“Bilangan kes COVID-19 di hospital di UK adalah tinggi – sama seperti berlaku pada Februari lalu,” kata laporan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply