Home SemasaGlobal Pergolakan di Kazakhstan: 79 rakyat Malaysia selamat – Wisma Putra

Pergolakan di Kazakhstan: 79 rakyat Malaysia selamat – Wisma Putra

by M.Daim

PUTRAJAYA, 8 Jan – Kementerian Luar hari ini mengesahkan 79 rakyat Malaysia di Kazakhstan berada dalam keadaan selamat.

“Berdasarkan rekod, 79 rakyat Malaysia telah berdaftar dengan pihak Kedutaan Malaysia di Nur-Sultan,

“Angka ini merangkumi kakitangan diplomat serta keluarga di kedutaan, pejabat MATRADE dan Pelancongan Malaysia di Almaty,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Tegasnya, rakyat Malaysia yang berada di Kazakhstan dikehendaki mengutamakan keselamatan mereka dengan menjauhi kawasan protes dan mematuhi arahan semasa kerajaan Kazakhstan.

Negara bekas Kesatuan Soviet itu terjerumus ke kancah pergolakan domestik berikutan protes besar-besaran di jalanan akibat kenaikan bahan api.

Ia merupakan konflik terbesar yang dihadapi negara Asia Tengah itu dalam tempoh 30 tahun.

Media Kazakhstan melaporkan perkhidmatan pesanan ringkas seperti Whatsapp dan Telegram telah disekat semenjak 3 hari lalu.  – airtimes.my

Wisma Putra menyeru mana-mana rakyat Malaysia di Kazakhstan yang memerlukan bantuan dikehendaki menghubungi pihak kedutaan seperti berikut:

Kedutaan Malaysia di Nur-Sultan, Kazakhstan
Telefon: +7 (7172) 79 06 90
                 +77011010233 (Luar waktu pejabat)
Emel: [email protected]

Related Articles

Leave a Reply