Home Pertahanan dan Keselamatan Op Murni: Rejimen Artileri Diraja kesan 1 kes positif COVID-19 mangsa banjir Segamat

Op Murni: Rejimen Artileri Diraja kesan 1 kes positif COVID-19 mangsa banjir Segamat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Satu kes positif COVID-19 dikesan dalam saringan ujian RTK mangsa banjir di Segamat, hari ini.

Kes dikesan semasa  Pasukan Perubatan Rejimen Keempat Artileri Diraja (4 RAD) melaksanakan ujian saringan di beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Segamat.

“Ujian saringan RTK telah dilaksanakan di PPS Sekolah Kebangsaan Agama Kuala Paya, Sekolah Kebangsaan Agama Buloh Kasap dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Tandong,

“Keputusan saringan menunjukkan satu kes psotifi bagi ketiga-tiga PPS,” kata Tentera Darat Malaysia dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Menurutnya, pesakit telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dibawa ke Pusat Kuarantin Dewan Genuang bagi menjalankan penilaian awal kesihatan sebelum dibawa ke Pusat Kuarantin dan menerima rawatan Covid-19.

TDM menegaskan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan adalah untuk membantu KKM mengesan dan membendung penularan wabak itu di kalangan rakyat semasa bencana banjir. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply