Home SemasaGlobal Rusia laksana 10 ujian penembakan peluru berpandu hipersonik

Rusia laksana 10 ujian penembakan peluru berpandu hipersonik

by M.Daim

MOSKOW, 31 Dis – Tentera Laut Rusia menyatakan sebanyak 10 ujian peluru berpandu hipersonik Zirkon telah dilancarkan sepanjang tahun 2021.

8 ujian penembakan dilaksanakan oleh frigat Admiral Gorshkov dan 2 lagi oleh kapal selam Knyaz Oleg.

Menurut agensi TASS, ujian penembakan peluru berpandu hipersonik tersebut merupakan sebahagian daripada 70 ujian persenjataan baharu yang dilaksanakan oleh Armada Utara Tentera Laut Rusia.

“Secara keseluruhan, 70 ujian penembakan pelbagai jenis persenjataan telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021,

“Jumlah ini adalah termasuk 10 penembakan peluru berpandu hipersonik Zirkon,” kata laporan itu.

Peluru berpandu Zirkon merupakan salah satu sistem persenjataan strategik yang dibangunkan oleh NPO Mashinostroyeniya.

Peluru berpandu ini berupaya untuk mengempur sasaran sekitar 250 ke 500 kilometer (km). Sebelum ini, Zirkon dilaporkan telah berjaya menggempur sasaran sejauh 1,000 km dengan menggunakan bahan api yang baharu.

Kali terakhir ujian penembakan Zirkon dilaksanakan adalah pada 24 Disember lalu dengan melibatkan penembakan serentak terhadap sasaran di laut dan darat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply