Home SemasaGlobal Tentera Laut Australia guna khidmat kapal selam Collins untuk 30 tahun lagi

Tentera Laut Australia guna khidmat kapal selam Collins untuk 30 tahun lagi

by M.Daim

CANBERRA, 16 Okt – Tentera Laut Diraja Australian (Royal Australian Navy, RAN) dijangka akan terus menggunakan kapal selam kelas COLLINS untuk sehingga 2050.

Panglima Tentera Laut RAN, Laksamana Madya Mike Noonan menjelaskan khidmat kapal selam konvensional itu akan diteruskan sehingga Australia terima kapal selam berkuasa nuklear yang baharu.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menjawab soalan pihak jawatankuasa khas Australia berhubung pembatalan kontrak perolehan kapal selam dari Perancis.

“Ya, Collins mempunyai potensi untuk terus beroperasi 2040 hingga 2050,” katanya.

Kerajaan Australia sebelum ini telah meluluskan program memanjangkan hayat kapal selam kelas Collins untuk 10 tahun lagi.

Penubuhan AUKUS pada pertengahan September lalu telah memberi peluang kepada Australia untuk memiliki kapal selam berkuasa nuklear. Kerjasama ini turut menyebabkan program pembinaan kapal selam kelas ATTACK dari Perancis dibatalkan.

RAN mengoperasikan 6 buah kapal selam diesel kelas COLLINS semenjak tahun 1996. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply