Home Semasa Bekalan air kawasan KL, Selangor hampir pulih sepenuhnya –  Air Selangor

Bekalan air kawasan KL, Selangor hampir pulih sepenuhnya –  Air Selangor

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini menyatakan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas akibat kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) hampir pulih.

Air Selangor dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, status bekalan air di 998 kawasan terlibat adalah 98% pulih setakat pukul 6 pagi tadi.

“Kuala Lumpur capai 95.5 peratus pemulihan dan Klang 89.4 peratus,” katanya.

Sementara itu, bekalan telah pulih sepenuhnya di Hulu Selangor, Kuala Langat, Shah Alam, Kuala Selangor, Petaling dan Gombak. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply