Home SemasaGlobal Ahli Parlimen Britain maut diserang dalam gereja

Ahli Parlimen Britain maut diserang dalam gereja

by M.Daim

LONDON, 16 Okt – Ahli Parlimen Tory, Sir David Amess maut selepas ditikam semasa melawat penduduk di Belfairs Methodist Church, Essex, semalam.

Mangsa yang berusia 69 tahun ini merupakan ahli Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

“Kami terkejut dengan kejadian menimpa Sir David. Beliau merupakan salah seorang yang baik dan berlemah lembut dalam dunia politik,” kata Johnson dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Essex, Sir David Amess, 69 tahun maut semasa mengadakan pertemuan bersama penduduk di sebuah gereja di Britain.

Sementara itu, Majlis Muslim Britain (Muslim Council of Britain, MCB) dalam satu kenyataan menegaskan pembunuhan terhadap Ahli Parlimen Essex merupakan satu tragedi yang mengejutkan.

“Hadir ke majlis pelancaran Pengakap Muslim pertama pada tahun 2013 hingga melakukan pertemuan dengan Imam Masjid Southend pada Julai, Sir David sentiasa diingati oleh komuniti Muslim di Essex,

“Kami turut berduka cita dengan kejadian berlaku terhadap Sir David,” kata Setiausaha MCB, Zara Mohammed.

Pihak polis berjaya menahan suspek berusia 25 tahun dan menemui pisau yang digunakan untuk menikam Sir David. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply